Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 1433H

Assalamualaaikum wrt. Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. agar dapat ku lalui dengan sempurna.
Puasa bukan sekadar menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari, tetapi juga menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa iaitu: a) makan dan minum dengan sengaja b) mengeluarkan air mani dengan sengaja c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak) d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja e) melakukan persetubuhan f) gila walaupun sebentar g) murtad h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib Selain itu terdapat juga amalan-amalan sunat sepanjang bulan puasa, antaranya: a) membanyakkan membaca al-Quran b) mandi junub sebelum fajar c) melewatkan sahur waktu imsak d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis e) membanyakkan sedekah f) solat terawih g) segera berbuka bila masuk waktu *P/s: perkara sunat sebaiknya diamalkan sepanjang bulan,kalu amalkan dibulan Ramadhan berlipat kali ganda la dapat. Perkara makruh di bulan puasa: a) berkumur-kumur dengan keterlaluan b) merasa makanan dengan lidah c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk e) gosok gigi setelah gelincir matahari f) mencium isteri g) menderma darah SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. BULAN RAHMAT, BULAN KEAMPUNAN, BULAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA. ALANGKAH BAHAGINYA JIKA DAPAT BERTEMU LAILATUL QADAR.

No comments: