Saturday, November 26, 2011

Langkawi



Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Pada 24/10/11 - 26/10/11 aku, ana & cikgu2 SK LKTP Tersang telah telah pergi ke Langkawi. Rombongan dgn cikgu sekolah. Bayaran kos perjalanan RM150. Tempat Penginapan "Twin Peak Island Resort"..Boleh la cuti2 Malaysia, nak ke luar negara x mampu lg. kami bergerak dari Tersang pada jam 10.13 mlm & smpai di Jeti Kuala Perlis jam 6.30 pg. Menaiki Feri Ekspres Bahagia-98, jam 7.30 pg ke Langkawi. Selesai 'Breakfast'di Pekan Kuah, Tempat lawatan adalah

1)Nusantara Maju Enterprise - tempat Pemprosesan Minyak Gamat.(berbotol-botol gak
beli minyak2 gamat, balm gamat, minyak kayu merah)

2)Kedai Jual Kain Batik, dpn tmpat proses minyak gamat tu. - beli kain batik 2 helai

3)Kota Mahsuri - tengok wayang mengisahkan cerita Mahsuri yang telah di fitnah dan
dibunuh di bawah Pokok Asam Jawa, kerana kecantikan & kesopanannya yang dicemburui
oleh birasnya (Wan Mahara), menggunakan kerisnya sendiri. Sebelum dibunuh Mahsuri
telah bersumpah untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau
mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat
padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Dalam Kota mahsuri ni, ada la Muzium Mahsuri dan Rumah-rumah Kedah. Terdapat juga
Telaga Mahsuri yang dkatakan sesiapa yang menggunakan airnya kan berseri & cantik
seperti mhasuri. Apalagi sume yang melawat pasti la ambik sikit air dari telag atu,
wat basuh muka.

3)Underwater World Langkawi - Melihat pelbagai spesis hidupan air (ikan,pengguin,naga
laut,obor-obor,tapak sulaiman dll) dan hidupan darat yg lain melalui terowong yang
panjang.

4)Makan malam di Bamboo Beach Restaurant-makan 'sea food' dgn 2 Family GB lagi & GPK

5)Singah pasaraya Haji Ismail- Beli coklat, sudu, garfu.

6)Padand Mat Sirat- Padang Beras Terbakar (Dalam Kawasan Rumah Wan Mat Darus
skrg..Dulu situ gudang beras) nak masuk ke tempat beras terbakar ni kena lalu
lorang2 kedai. masa nak balik ke bas, sambar la 2,3 helai baju.( aku & ana kena
marah2 syg sbb jd org yg lambat nek bas... malu)

7)naik Kereta Kabel (Cable Car)- Ke ketinggian 708m Gunung machincang.- 3 station
(base station, middle station & top station). Tapi x turun pun kt 2 station tu,
sebab mase amat mencemburui. Just naik kete cable melihat panorama dr ats kete
cable, nampak lautan, pulau, air terjun, hutan, pokok2 menghijau. Lian kali kalu
pergi akan ku turun di stesen2 tersebut.

8) shopping di Idaman Suri dan Ram's

Gambar-gambar kenangan: