Thursday, February 10, 2011

Pahang Darul Makmur


Negeri Pahang merupakn negeri terletak di timur dan adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dalam bahasa Arab, Darul Makmur membawa maksud 'tempat perlindunagn yang tenang'.Ibu negeri Pahang adalah Kuantan, dan Pekan merupakan Bandar Di-Raja Pahang.Pahang terdiri daripada 11 daerah iaitu, Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin, Cameron Highlands dan Lipis.

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Pahang. Antaranya adalah Taman Negara, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Genting Highlands dan lain-lain. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang sedap di cameron highlands.Cenderahati yang menarik juga terdapat di sana.Bagi mendapatkan kepuasan bermain pelbagai 'indoor and ourdoor games', anda boleh mengujungai Kota Kerianagn Genting Highland. Untuk melihat bangunan senibina British, anda boleh kunjungi Frase Hill.Jika ingin melihat banguna ala-ala Perancis anda boleh melawat Bukit Tinggi.

Pulau yang terdapat di Negeri Pahang adalah Pulau Tioman (pulau yg pernah disenaraikan antara 10 buah Pulau tercantik di Malaysia).Tasik yang terkenal adalah tasik Bera dan Tasik Chini. Kawasan Perkelahan dan air terjun yang terkenal pula adalah seperti Air Terjun Chamang (Bentong), Air Terjun Lata Jarum (Raub), Air Terjun Lata Lembik (Ulu Sungai Raub, Air Terjun Pelangi (Sg. Lembing),Air Terjun Sg Pandan (Kuantan),Pulau Cekas (Raub) dan terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Negeri Pahang.

Pahang...

No comments: